BERDIRI 2 JAM SETIAP HARI

14690954_896911783776768_6250716168878155491_n

Assalamualaikum… Selamat Pagi!

Pagi ni admin excited nak share skit TIPS KESIHATAN.. 😍😍

*********

BERDIRI 2 JAM SETIAP HARI

Tahukah anda kalau kita duduk melebihi 6 jam sehari meningkatkan risiko untuk mati sebanyak 40%? Duduk lama-lama depan tv adalah lebih buruk daripada makan nasi lemak tiap-tiap hari.

Apa efek kalau kita duduk lama-lama ni sampai boleh jadi bahaya sangat?

1) Otot kaki tidak lagi berfungsi ketika kita duduk. Kalau tengok orang yang gunakan kerusi roda, otot mereka semua kecut/kaki jadi kecil sebab otot tak digunakan untuk berjalan (akibat kecacatan/kurang upaya mereka). Sama konsep, semakin kurang kita gunakan otot kaki (semakin banyak duduk) semakin lemah kaki kita.

2) Bila duduk lama-lama, pembakaran kalori jatuh sehingga 1 kalori seminit. Macam mana nak buang ‘spare tire’ kalau macam tu? Banyak kalori tersimpan = banyak lemak terkumpul.

3) Enzim untuk membantu pembakaran lemak jatuh sehingga 90%. Bila kekurangan enzim ni, pembakaran lemak tidak berlaku pada kadar yang efisyen.

4) Keberkesanan hormon insulin jatuh sebanyak 24% selepas kita duduk 2 jam dan ini akan meningkatkan risiko kencing manis (diabetes)

********

Kebanyakan di antara kita bekerja di pejabat dan duduk melebihi 6 jam sehari. Bagaimana untuk mengurangkan risiko masalah yang disebutkan atas?

Selagi boleh, jangan duduk melebihi sejam. Cari alasan untuk berdiri atau berjalan.

✔ Lakukan regangan otot kalau anda rasa anda telah duduk terlalu lama.

✔Cari aktiviti yang boleh dilakukan selepas waktu kerja. Kalau balik kerja, makan dan terus duduk tengok tv, memang parah dah tu!

*********

Sentiasa kekal sihat dengan #MaduAsli #Quadmeds!

Leave a Reply