PEMBERITAHUAN
Atas permintaan ramai dan beberapa rakanniaga aktif, kita tidak lagi turunkan kadar air madu tualang pada Madu Quad isi 900 gr (kod: MQ900).
Madunya lebih kurang sama seperti Madu Quad edisi Sarang. Madu fresh turun dari sarang, pemeriksaan kualiti, tiris dan terus bottling.
Jadi, terkadang kita boleh saksikan sendiri fenomena alamiah madu tualang bila bergoncang atau dipos.
Kenapa jadi macam ni?
1. Kadar air tinggi
2. Aktiviti enzimatik (diastase)
3. Tekanan dari dalam madu akibat dari goncangan ketika delivery
4. Fermentasi alamiah madu
.
.
Gas keluar hampir sukar ditampung. Jangan khawatir kerana khasiatnya masih tetap bagus. Kalau madu busuk, dia akan berbau alkohol @ tengik.
Bagi menghindar kejadian seperti diatas,
1. Diamkan botol madu selama 24 jam sebelum penutup dibuka
2. Sebaiknya diamkan dalam peti ais bahagian bawah untuk meredam tekanan gas.
3. Letak dalam mangkuk sekiranya madu tetap mengeluarkan buih. Madu akan kembali ke bentuk semula apabila gas hilang.
Adapun madu quad edisi 500 gr dan edisi 180 gr tetap kita turunkan kadar airnya bagi memenuhi pasaran luar negara.
Jika ada sebarang masalah dalam proses penghantaran, boleh berhubung terus dengan kami. Insyaallah kita akan terus melakukan pemerhatian terhadap pelbagai karakteristik madu dari khazanah alam Nusantara ini.
Terima kasih kerjasamanya. 😊