Cara Makan Minyak Zaitun Olivie Plus 30x Keluaran Olive House

Antara perkara penting yang kita perlu ambil berat apabila pertama kali consume Minyak Zaitun Olivie Plus 30x ialah cara makan atau cara pengambilan minyak zaitun. Cara makan Olivie Plus 30x secara asasnya diambil satu sudu besar selepas bangun tidur dan 1 sudu besar sebelum tidur.

Pada waktu ini perut masih kosong dan ini akan memberikan impak yang optimum kita tubuh badan kita.

Cara makan Olivie Plus 30x : 1 sudu selepas bangun tidur & 1 sudu sebelum tidur

Bagi pengguna yang kali pertama mengambil Olivie Plus 30x ini, biasanya ada beberapa tindak balas yang ditunjukkan oleh badan. Ini juga dikenali sebagai direction of cure.

Tubuh badan seseorang akan bertindakbalas dengan minyak zaitun Olivie untuk beberapa hari. Tindakbalas ni adalah normal apabila anda mengambil Olivie.

Sebahagian orang merasai tindakbalas ini seawal hari pertama. Ada juga yang merasai selepas beberapa hari.

Di bawah adalah contoh tindakbalas yang pernah customer alami.  Kak Yan dah suami juga mengalami perkara yang sama:

  • Sentiasa Rasa Haus. Sentiasa rasa nak minum air. Bagi tindakbalas ini, Kak Yan cadangkan anda minum dengan kerap. Standby air awal-awal.
  • Asyik Mengantuk. Rasa mengantuk ni memang Kak Yan rasai sendiri. Apabila rujuk kawan-kawan, rasa mengantuk tahap gaban adalah normal di awal pengambilan…. ha3
  • Ada jugak customer kak yan yang rasa nak demam seawal 2 minggu mengamalkan olivie.

Mana tidaknya, Olivie Plus 30x mempunyai khasiat 30X kali ganda daripada minyak zaitun biasa. Sebab tu nama produk ni siap ada tulis 30X.

Ini bermakna kandungan sebatian dalam Olivie amat tinggi. Oleh itu kita akan rasa tindakbalas penyembuhan. Dalam situasi seperti ini, pengguna disarankan untuk minum banyak air dan mulakan pengambilan olivie pada dos yang kecil sebelum tidur.

Cara Makan Olivie Plus 30x

Bagi pengguna yang sudah biasa mengamalkan pati minyak zaitun, anda perlu mengambil Olivie 2 sudu besar setiap hari. Ini bagi pastikan anda mendapatkan kesan yang optimum. Olive Plus 30x perlu diambil 1 sudu besar sebelum tidur dan 1 sudu besar selepas bangun tidur.

Cara Makan Bagi Newbie

Untuk pengguna yang baru belajar untuk mengamalkan Olivie Plus 30x ni, Kak Yan cadangkan ambil Olivie dalam dos atau sukatan yang kecil terlebih dahulu. Kemudian ditambah sedikit demi sedikit ikut keselesaan dan kesesuaian badan masing-masing.

Dengan cari ini dapat kurang tindakbalas yang mungkin boleh menganggu aktiviti harian kita. Cuba bayangkan seharian rasa mengantuk, macam mana nak buat kerja?… hehehe Dos yang kecil ini Kak Yan cadangkan diambil sebelum tidur ya.

INI PENTING. Ingat ye sebelum tidur bukan selepas bangun tidur. Ini untuk pastikan kerehatan kepada badan bagi tindakbalas penyembuhan yang mungkin terjadi.

Selepas 2-3 hari atau seminggu dos boleh ditambah sikit demi sedikit sehingga mencapai dos yang disarankan oleh FDA iaitu 2 sudu besar setiap hari.

Cara Makan Bagi Merawat Penyakit

Bagi yang ada penyakit dos yang disarankan perlu ditambah atau lebih kerap atau kedua-duanya sekali. Contohnya 2 sudu besar pagi dan 2 sudu besar malam. Dos pengambilan Olivie PLUS 30x boleh ditambah sehingga 6 kali sehari untuk penyakit yang lebih kronik.

Sapu Pun Boleh

Selain makan secara terus, Olivie Plus 30x  juga boleh disapu terus pada kulit. Bukan setakat untuk mencantikkan kulit tapi sangat mujarab juga untuk kulit yang bermasalah seperti eczema, kudis dan kurap. Olivie jugak boleh disapu pada kulit muka sebagai pelembap.

Kanak-Kanak Boleh Makan Olivie Plus 30X?

Menurut perkongsian dari Dr Zubaidi melalui Fb, sangat disarankan untuk kanak-kanak mengambil minyak zaitun. Dr Zubaidi sendiri memberikan minyak zaitun Olivie Plus 30X pada anak-anak beliau.

Bagi kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas, 1 sudu kecil sudah memadai sebagai sumber tenaga tambahan.

Kesimpulan Cara Makan Olivie Plus 30x

Kesimpulan yang boleh Kak Yan buat bagi Cara Makan Olivie Plus 30X adalah seperti berikut :

  1. Pengguna kali pertama atau newbie – 1 sudu kecil sebelum tidur (amal 2-3 hari /seminggu)
  2. Pengguna yang sudah biasa –  1 sudu besar selepas bangun tidur & 1 sudu besar sebelum tidur.
  3. Berpenyakit : 2 sudu besar selepas bangun tidur & 2 sudu besar sebelum tidur.
  4. Berpenyakit kronik : 2 sudu besar setiap 4 jam diambil sewaktu perut kosong.
  5. Olivie Plus 30x boleh dimakan terus dan boleh dan disapu pada kulit.
  6. Kanak-kanak 6 tahun ke atas memadai 1 sudu kecil setiap hari.

Sekiranya anda ada pertanyaan atau perlukan info lanjut boleh tulis komen di bawah. Insyallah Kak Yan cuba jawap nanti.

Nota : Detail lanjut berkenaan minyak zaitun di atas sila klik Minyak Zaitun Olivie Plus 30X.

10 thoughts on “Cara Makan Minyak Zaitun Olivie Plus 30x Keluaran Olive House

    • admin says:

      Insya Allah sangat sesuai. Boleh diambil bersama cuka teen untuk kesan yang lebih baik. Untuk yang ada gastrik, amal cuka teen selepas makan ye.

      Gastritis ataupun di sebut gastrik oleh orang awam merupakan radang pada lapisan perut di sebabkan oleh penghasilan jus gastrik yang bersifat asid secara berlebihan.Ianya boleh berubah menjadi ulser dengan serangan bakteria H-pylori menyebabkan pendarahan usus.
      Olive oil membantu membentuk selaput pada lapisan perut yang terlibat seterusnya menghalang hakisan.Sifat antibakterial olive oil juga boleh mengawal aktiviti bakteria H-pylori dari menyerang lapisan perut yang lemah.
      Fig vinegar-Acetic acid yg terkandung di dalamnya memberi signal kepada perut bahawa asid bagi proses penghadaman sudah mencukupi seterusnya mengurangkan penghasilan jus gastrik berlebihan.Ambil bersama segelas air 30 minit sebelum makan untuk mendapat faedah yang optimum.
      Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Bahagikan waktu makan dari 3 kepada 6 agar makanan sentiasa ada di dalam perut dan jus gastrik bertindak kepada makanan dan bukan lapisan perut. Elakkan makanan yang merangsang penghasilan jus gastrik seperti kopi dan coklat.
      Sumber: Olive House Medic & Business.

Leave a Reply