Meh, admin nak share skit macam mana nak kenal pasti Madu Asli!
Antara kaedah paling aula untuk mengenal pasti Madu Asli atau Tiruan, lihat saje kesan pada tubuh setelah pengambilan.. Kita akan dapati..
✔Sistem penghadaman yang lebih baik
✔Selera makan yang seimbang
Dan secara fizikal boleh cuba kaedah di bawah
1. Bentuk Sarang Lebah dalam air berbentuk Hexagon.
Cara ini yang paling mudah dan cepat untuk diketahui. Ambil sesudu madu dan masukkan ke dalam bekas yang tapaknya rata. Masukkan air kosong (jangan air panas) ke tengah-tengah bekas / pinggan.
Pusingkan bekas mengikut arah jam atau lawan. Pusing sehingga keluar bentuk sarang lebah hexagon (sekitar 1 minit ).
Adakalanya, bentuk hexagonnya memang persis seperti hexagon sarang lebah. Dan adakala , bentuk hexagonnya tidak seperti sarang lebah, tetapi masih hexagon. Jika tiada bentuk hexagon, kemungkinan besar sama ada ianya madu yang dicampur gula atau gula yang diubah suai yang dijual atas nama Madu Asli.
2 – Kertas Putih Ambil pencungkil gigi atau sudu.
Celupkan pada madu dan titiskan di atas tengah kertas putih. Lihat kesan pada kertas putih di keliling madu. Madu Asli kebiasaannya tidak akan meresap masuk ke dalam kertas.
Madu asli juga akan mengekalkan bentuk titisannya dan tidak merebak. Madu asli dengan mudah kita dapat mengambil semula dengan tangan. Madu tiruan akan nampak kesan seperti air meresap di keliling madu.
Madu tiruan akan merebak dan meresap tanpa kekal bentuknya. Madu tiruan apabila kita cuba ambil dengan tangan , kebiasaanya tidak boleh dan biasanya lekitan sedikit yang melekat di tangan kita.
3 – Air Kosong. Ambil gelas kaca yang tembus dalam , dan masukkan air kosong ke dalamnya.
Ambil sesudu penuh madu dan kemudian titiskan ke dalam air. Madu asli akan terus turun ke dasar cawan, dan madu tiruan biasanya akan pecah-pecah sebelum sempat sampai dasar cawan.
Bagi memastikan bahawa madu yang kalian ada adalah asli , ketiga-tiga test ini jika dibuat , in sha allah memberikan hampir 100% kepastian yang ianya adalah asli.
Untuk test bentuk sarang lebah itu sebenarnya sudah memadai jika dibuat. Kerana tiruan tidak akan dapat membuat bentuk yang sama , bahkan tidak akan terbentuk sama sekali.
3 test yang pertama ini, mudah, cepat dan tidak memerlukan kos tinggi , hanya kerajinan sahaja diperlukan.
Paling pasti, Madu Quad kami adalah Asli!!